Monday, 17 April 2017

PENCEMARAN DI KAWASAN PERSEKITARAN SAYA






........PENCEMARAN DI KAWASAN PERSEKITARAN......


Image result for pencemaran udara





Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar



BERLAKUNYA PENCEMARAN ALAM SEKITAR Dibawah Akta  Kualiti  Alam  Sekeliling  1974  mengandungi  peruntukan  yang  bertujuan untuk mencegah,  menghapus,  mengawal  pencemaran  serta  memperbaiki  kualiti  alam  sekeliling melalui  dari  aspek  yang  sering  dikaitkan  dengan  alam  sekitar  iaitu  pencemaran . Yang membawa    maksud kepada  apa-apa sahaja   perubahan  secara  langsung  atau secara tidak  langsung  terhadap sifat-sifat  fizikal,  haba  dan  kimia  termasuk  juga  kesan  biologikal  terhadap  alam  sekeliling  yang meliputi  pencemaran  air,  udara,  bunyi,  tanah  dan  laut  di dalam  masalah  ini.Terdapat   pelbagai  punca - punca yang   dapat  dikenal  pasti sebagai  penyumbang  kepada  pencemaran  alam  sekitar ini

.Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.